Assalamualaikum...
Lame sudah aku x jenguk2 di sini.. banyak jugak sawang kt sini. Aku nk berkongsi tentang penyakit anakku yang Nuha yang mengidap. Anakku mengidap ekzema daripada baby lg. waktu baby nuha asyik menggaru kepala dan badan, sedih aku tengok dia waktu tu.. tp mase dia baby kulit nuha xde la berkudis or berair2 seperti sekarang. Start kulit dia ketika umur dia 12 bulan, masih tu dia merangkak lg. kt lututnye de luke akibat dia garu n jadi effection sehingga dia terkena jangkitan kuman dalam darah. Time tu.. anakku selalu demam on of, on of dan merangkak sebelah kaki sebab lutut n kakinye sakit disebab effection pada kakinye tu.. aku bawe nuha kt PPUM.. sebab demam n kakinye tu.. demam dia sekali dtg pn tinggi smpi 40 tem. Kt hospital anakku kena tahan seban de kuman dalam darahnye.. 5 hari 4 malam aku kat hospital.. tp xpelah janji anakku sihat..
Sekarang anakku nuha da berumur 3 thn setengah.. kulitnye kakinye agak teruk n berair akibat dia garu. Sebelum nie.. nuha waktu malam susah nk tido dan akan menggaru smpi luke2 kakinye.. kdg tido pukul 2, pukul 5 pg.. sebelum tido ak n en. somi msti gosok kakinye n bdnnye bg nuha tido tp bile gatalnye dtg dia da x heran da.. dia akan garu sampai berdarah n bile time nk mandi nuha slalu mnangis sebab sakit n sampai nuha fobia tgk air.. Bermacam ubat n supplemnt ak bg belikan untuk nuha.. madu, ak bg mkn setiap pg. Minyak kelapa dara.. ak beli brand bioasli ak sapu kt allbody n bg dia minum sesudu stiap hari. 2 bulan nie aku cube produk Dr. Rozmey iaitu (ddr 11). Bile nuha makan produk tu.. kakinye yg sakit n gatal keluar nanah selama seminggu lebih n nuha pn demam.. penuh kaki n kepalanya ng nanah.. ak dan en. asben sedih n menangis tgk dia. kt bwh gambar nuha time kakinye bernanah n ak kongsikan sedikit sebanyak mengenai ekzema.
Apa itu ekzema?
Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis atau ekzema atopik (ekzema bentuk yang paling biasa). Ekzema atopik selalunya berlaku dikalangan kanak-kanak, tetapi ia boleh juga berlaku keatas orang dewasa atau dikalangan mereka yang usia lanjut. Perkataan Ekzema (eczema) berasal dari perkataan Greek iaitu ekzein yang bermaksud "mendidih" dan perkataan Ek yang bermaksud "keluar". Manakala zema dalam perkataan Yunani bermakna mendidih.
Ekzema adalah keadaan kulit yang kronik di mana kulit menjadi gatal, merah, kering dan merekah. Kira-kira 30% daripada semua keputusan diagnosis keatas simptom kulit melibatkan ekzema atopik. Ia memberi kesan yang sama kepada lelaki mahu pun wanita serta orang-orang dari latar belakang etnik yang berbeza. Kebanyakan kes di Eropah Barat, Amerika Utara dan Australia menjelaskan bilangan orang ramai yang dijangkiti penyakit ekzema ini telah meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini dan ini termasuklah di Asia dan Malaysia.
Apakah Simptom Simptom Penyakit Ekzema ?
Ekzema atopik adalah gejala penyakit kronik yang hadir disepanjang masa. Biasanya ia akan berlaku dan berterusan dalam tempoh waktu yang sangat lama. Sepanjang tempoh tersebut akan berlaku keadaan pelupasan dan perluapan yang mungkin teruk dan memerlukan rawatan intensif.
Antara simptom utama penyakit ini adalah seperti berikut:
1. Keadaan kulit akan pecah atau merekah
2. Kawasan kulit tertentu mungkin akan menjadi koyak
3. Kebiasaanya kulit dirasai sangat kering
4. Rasa gatal biasanya lebih teruk di waktu malam
5. Menggaru akan menyebabkan kulit seperti menebal.
6. Beberapa kawasan terlibat menjadi radang atau merah.
7. Kawasan kawasan radang kulit biasanya akan melepuh dan terkandung cecair.
8. Kulit mungkin akan bertompok merah atau berwarna coklat kelabu.
9. Sebahagian kulit mungkin akan kelihatan tompok tomok lebam kecil.