Pages

Ads 468x60px

Wednesday, 5 October 2011

Mudah menggoreng hati ayam

Sesetengah suri rumah takut untuk menggoreng hati ayam kerana percikan minyak yang panas. Untuk mengelakkan ini terjadi , hati ayam hendaklah dibasuh  bersih. Kemudian direndam dalam air perahan asam jawa seketika. Selepas itu bilas semula dengan air. Insyaallah pasti hati ayam tidak meletup ketika menggoreng.



Sumber = Mingguan Wanita

Hilangkan Hanyir Ikan Pari dan Duri

Jika anda penggemar ikan pari dan ikan duri, ikutilah petua ini untuk menghilangkan bau hanyirnya. Ambil asam jawa dan diramas ke dalam satu bekas berisi air. Masukkan ikan ke dalamnya dan biarkan selama setengah jam. Setelah itu, kikis hanyir pada badan ikan. Kemudian, potong ikan tersebut dan ramas sekali bersama asam jawa dan garam kasar.



Sumber = Mingguan Wanita
 
 
Blogger Templates