KEISTIMEWAAN LABU
Assalamualaikum w.b.t .. Lama suda aku x mencoret-coret disini. Hari nie aku nak berkongsi cerita tentang khasiat labu. Selain banyak khasiatnya, labu nie sangat sedap dimakan terutama dibuat bubur, puri dan sesuai dijadikan snek harian.
Anas r.a meriwayatkan " Nabi sukakan labu. Baginda telah dihidangkan makanan dan dipelawa makan. Aku mengambil labu di pinggan lalu meletakkan di hadapan Baginda kerana aku tahu Baginda sukakannya".
Sejak itu, labu juga menjadi kegemaran Anas r.a kerana labu adalah makanan kegemaran Nabi SAW.
KHASIAT LABU
1. TINGGI KAROTENOID - Isi labu berwarna jingga terang menunjukkan kehadiran karotenoid yang tinggi. Karotenoid berperanan membantu memusnahkan radikal bebas dalam tubuh. Ia juga membantu mencegah penuaan, pramatang, penyakit kardiovaskular dan jangkitan-jangkitan lain. Ia juga kaya Lutein dan Zeaxanthin yang melindungi mata daripada serangan radikal bebas. Selain itu, ia turut mencegah pembentukan katarak dan kemorosotan tisu-tisu mata.
2. VITAMIN A - Labu amat kaya dengan sumber vitamin A. Jika dimakan isi dan biji labu dengan kerap, dapat menggalakkan mata yang sihat serta meningkatkan sistem imun kita.
3. VITAMIN C - Vitamin C juga terdapat dalam labu. Vitamin ini menentang radikal bebas memperbaiki kekebalan tubuh terhadap serangan penyakit dan menggalakkan penghasilan kolagen. Vitamin C juga telah diketahui umum dapat melindungi diri manusia daripada pelbagai bentuk kanser.
4. PROTEIN - Biji labu kaya dengan sumber protein. Seauns biji labu mengandungi kira-kira tujuh gram protein. Minyak biji labu tinggi dengan kandunagn fitosterol iaitu asid lemak berasaskan tumbuhan dan komposisi kimianya sama dengan kolestrol. Justeru, ia dapat menggantikan kolestrol di dalam tubuh dan secara tidak langsung membantu mengurangkan penghasilan paras kolesterol darah.
5. ASID LEMAK PENTING - Biji labu kaya dengan asid lemak penting. Ia penting untuk kesihatan tubuh. Antaranya membantu mencegah penyakit-penyakit seruis seperti tekanan darah tinggi, artritis mahupun kanser. Ia juga baik untuk kecantikan kulit.
6. FIBER - Isi labu berkalori rendah dan padat dengan serat. Oleh itu, ia berkesan merawat gangguan gastrousus. Antaranya masalah pencernaan dan juga sembelit . Serat labu juga dapat mengurangkan paras kolestrol LDL (kolestrol mudarat) di dalam darah. Selain itu, ia juga membantu melaraskan paras gula darah.
7. MAGNESIUM - labu juga kaya dengan magnesium . Kita memerlukan magnesium untuk kesihatan gigi dan tulang.
8. POTASIUM DAN ZINK - Labu amat padat dengan kedua-dua nutrisi ini. Diet yang mengandungi potasium membantu mencegah dari awal penyakit darah tinggi dan jantung. Zink juga penting dalam pencegahan osteoporosis. Ia juga meningkatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan reproduktif..
No comments:
Post a Comment