Pages

Ads 468x60px

Labels

Showing posts with label Aneka Petua. Show all posts
Showing posts with label Aneka Petua. Show all posts

Thursday, 12 September 2013

Lembutkan Cili Hiasan

Untuk menghias makanan  seperti hidangan pengantin dan sebagainya, cili hiasan amat diperlukan. Namun ramai tidak tahu untuk menjadikannya lembut dan cantik untuk dihias. 

Cuba petua ini dan lihat hasilnya. Hilis cili merah membentuk bunga dan hiasan yang dikehendaki. Rendamkan ke dalam air dan masukkan garam. Biarkan direndam selama 30 minit.

Tuesday, 10 September 2013

Hilangkan Bau Durian


Jika peti sejuk atau kereta berbau durian, masukkan roti di dalam bonet kereta atau peti sejuk anda. Letak semalaman dan bau itu akan hilang. Letakkan roti mengikut kadar kuatnya bau.

Lengkuas Tahan Lebih Lama


Jika tidak mahu lengkuas yang dibeli cepat mengecut, simpan lengkuas itu di dalam botol kaca atau botol plastik yang telah dimasukkan sedikit air dan tutup rapat.

Hilangkan Hanyir Ikan Dalam Sup


Ramai orang yang tidak menggemari sup ikan kerana bau ikan yang hanyir. Agar bau yang tidak ini hilang masukkan beberapa sudu perahan limau nipis ke dalam sup. Kesannya sup tidak hanyir malah lebih sedap lagi. Sekiranya hanyir ikan melekat di tangan, lumur sedikit ubat gigi pada tangan anda dan bilas.

Elak Cendawan Cepat Rosak

Hari nie Nn nk syer cara mengelakkan cendawan daripada tidak mudah rosak, boleh gunakan kaedah penyimpanan ini. Keluarkan cendawan yang diberi dari bungkusan plastik tapi elakkan daripada terkena air. Bungkus kembali kembali cendawan  dengan kertas surat khabar dan disimpan dalam peti sejuk. Cara ini cendawan akan lebih tahan lama.


sumber : mingguan wanita

Wednesday, 5 October 2011

Mudah menggoreng hati ayam

Sesetengah suri rumah takut untuk menggoreng hati ayam kerana percikan minyak yang panas. Untuk mengelakkan ini terjadi , hati ayam hendaklah dibasuh  bersih. Kemudian direndam dalam air perahan asam jawa seketika. Selepas itu bilas semula dengan air. Insyaallah pasti hati ayam tidak meletup ketika menggoreng.



Sumber = Mingguan Wanita

Hilangkan Hanyir Ikan Pari dan Duri

Jika anda penggemar ikan pari dan ikan duri, ikutilah petua ini untuk menghilangkan bau hanyirnya. Ambil asam jawa dan diramas ke dalam satu bekas berisi air. Masukkan ikan ke dalamnya dan biarkan selama setengah jam. Setelah itu, kikis hanyir pada badan ikan. Kemudian, potong ikan tersebut dan ramas sekali bersama asam jawa dan garam kasar.



Sumber = Mingguan Wanita
 
 
Blogger Templates