Pages

Ads 468x60px

Monday, 28 October 2013

LABU

KEISTIMEWAAN LABU 

Assalamualaikum w.b.t .. Lama suda aku x mencoret-coret disini. Hari nie aku nak berkongsi cerita tentang khasiat labu. Selain banyak khasiatnya, labu nie sangat sedap dimakan terutama dibuat bubur, puri dan sesuai dijadikan snek harian.
Anas r.a meriwayatkan " Nabi sukakan labu. Baginda telah dihidangkan  makanan dan dipelawa makan. Aku mengambil labu di pinggan lalu meletakkan di hadapan Baginda kerana aku tahu Baginda sukakannya".
Sejak itu, labu juga menjadi kegemaran Anas r.a kerana labu adalah makanan kegemaran Nabi SAW.

KHASIAT LABU

1. TINGGI KAROTENOID - Isi labu berwarna jingga terang menunjukkan kehadiran karotenoid yang tinggi. Karotenoid berperanan membantu memusnahkan radikal bebas dalam tubuh. Ia juga membantu mencegah penuaan, pramatang, penyakit kardiovaskular dan jangkitan-jangkitan lain. Ia juga kaya Lutein dan Zeaxanthin yang melindungi mata daripada serangan radikal bebas. Selain itu, ia turut mencegah pembentukan katarak dan kemorosotan  tisu-tisu mata.


2. VITAMIN A - Labu amat kaya dengan sumber vitamin A. Jika dimakan isi dan biji labu dengan kerap, dapat menggalakkan mata yang sihat serta meningkatkan sistem imun kita.


3. VITAMIN  C - Vitamin C juga terdapat dalam labu. Vitamin ini menentang  radikal bebas memperbaiki kekebalan tubuh terhadap serangan penyakit dan menggalakkan penghasilan kolagen. Vitamin C juga telah diketahui umum dapat melindungi diri manusia  daripada pelbagai bentuk kanser.


4. PROTEIN - Biji labu kaya dengan sumber protein. Seauns biji labu mengandungi kira-kira tujuh gram protein. Minyak biji labu tinggi dengan kandunagn fitosterol iaitu asid lemak berasaskan tumbuhan dan komposisi kimianya sama dengan kolestrol. Justeru, ia dapat menggantikan kolestrol di dalam tubuh dan secara tidak langsung membantu mengurangkan penghasilan paras kolesterol darah.


5. ASID LEMAK PENTING -  Biji labu kaya dengan asid lemak penting. Ia penting untuk kesihatan tubuh. Antaranya membantu mencegah penyakit-penyakit seruis seperti tekanan darah tinggi, artritis mahupun kanser. Ia juga baik untuk kecantikan kulit.


6. FIBER - Isi labu berkalori rendah dan padat dengan serat. Oleh itu, ia berkesan merawat gangguan gastrousus. Antaranya  masalah pencernaan dan juga sembelit . Serat labu juga dapat mengurangkan paras kolestrol LDL  (kolestrol mudarat) di dalam darah. Selain itu, ia juga membantu melaraskan paras gula darah.


7. MAGNESIUM - labu juga kaya dengan magnesium . Kita memerlukan magnesium untuk kesihatan gigi dan tulang.


8. POTASIUM DAN ZINK - Labu amat padat dengan kedua-dua nutrisi ini. Diet yang mengandungi potasium membantu mencegah dari awal penyakit darah tinggi dan jantung. Zink juga penting dalam pencegahan osteoporosis. Ia juga meningkatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan reproduktif..

Thursday, 17 October 2013


                                   AQ ROYAL COLLAGEN  
            Enhance with Vitamin C & E



                    

Apabila seseorang itu mencapai usia 25 tahun, penghasilan kolagen akan menyusut 
sebanyak 1.5% setahun. Penguraian kolagen mula berlaku lalu mewujudkan kesan 
penuaan seperti kulit menipis, garisan halus dan kedutan.  Bagi menggantikan 
kolagen yang berkurangan, kita perlu mengambil kolagen tambahan hasil dari 
pemakanan untuk merangsang pembentukan dan pemulihan  tisu, otot dan ligament 
kepada keadaan asal.


         Mengapa AQ Royal Collagene berkesan untuk anda?

        1. “Hyrdolized Collagen” dalam bentuk peptan merupakan collagen yang   
             paling berkesan kerana memiliki sazi molekul sekecil 2000 Dalton 
             berbanding saiz molekul collagen asal iaitu 30000 Dalton. Dengan saiz 
             molekul yang 15x lebih kecil, daya penyerapan meningkat melebihi 90%.
             2. “Hydrolized collagen” bertumpu ke “kartilej’ seterusnya merangsang 
                  penghasilan kolagen pada sendi-sendi bagi mengatasi masalah  
                  kelemahan dan kesakitan sendi.
             3.  Pengambilan kolagen bersama-sama Vitamin C dapat meningkatkan    
                  kelembapan kulit, menjadikannya lebih halus dan lembut.



             Kebaikan AQ Royal Collagene:
1             1.   Mengurangkan symptom arthritis
2             2.  Menegangkan kulit
                3.  Membina sendi
4             4.  Menguatkan salur darah
5             5.  Meningkatkan tenaga
                6. Mengatasi lemah pundi kencing
7             7.  Kelesuan melampau
8             8. Memperbaiki kadar pernafasan
9             9.  Merawat kulit dan kuku

Kesan-kesan pengambilan AQ Royal Collagene

14 – 30 hari: kulit lebih halus, lembut dan lembab
30 – 60 hari: kulit lebih tegang dan anjal, pori2 mengecil, garisan dan kedutan berkurang
 
 
Blogger Templates