Pages

Ads 468x60px

Wednesday, 5 October 2011

Mudah menggoreng hati ayam

Sesetengah suri rumah takut untuk menggoreng hati ayam kerana percikan minyak yang panas. Untuk mengelakkan ini terjadi , hati ayam hendaklah dibasuh  bersih. Kemudian direndam dalam air perahan asam jawa seketika. Selepas itu bilas semula dengan air. Insyaallah pasti hati ayam tidak meletup ketika menggoreng.



Sumber = Mingguan Wanita

Hilangkan Hanyir Ikan Pari dan Duri

Jika anda penggemar ikan pari dan ikan duri, ikutilah petua ini untuk menghilangkan bau hanyirnya. Ambil asam jawa dan diramas ke dalam satu bekas berisi air. Masukkan ikan ke dalamnya dan biarkan selama setengah jam. Setelah itu, kikis hanyir pada badan ikan. Kemudian, potong ikan tersebut dan ramas sekali bersama asam jawa dan garam kasar.



Sumber = Mingguan Wanita

Saturday, 6 August 2011

Kari Udang






Bahan-bahan :-

10 ekor udang
sedikit minyak
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil rempah
1 sudi kecil jintan manis
2 cawan santan
2 sudu serbuk kari
sedikit daun kari
sedikit air asam jawa
sedikit garam
sedikit gula

cara membuatnye:-
1. kisar ketumbar, jintan manis, rempah, bawang putih dan merah.
2. masukkan sedikit minyak n tumis bahan dikisar, masukkan kari yg dibancuh ng air dan air asam jawa.
3. masukkan udang, santan , garam, gula dan daun kari.

Saturday, 30 July 2011

Begedil Ayam


Bahan-bahan:-

1 kg kentang
300 gram ayam (rebus dan carik)
1sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
2 biji telur
2 sudu bawang goreng
1/2 cawan tepung gandum
sedikit daun sup (dihiris halus)
garam

cara-cara:-
1. Kupas kentang dan rebus, pastu lenyekkan.
2. Masukkan ayam, lada hitam, lada putih, bawang goreng, daun sup, garam dan tepung gandum. (jika lembik, tambahkan tepung sedikit).
3. Bulatkan bedegil, celupkan dengan telur dan goreng.
(selamat mencuba)










Tuesday, 26 July 2011

Apam Coklat Kukus

Assalamualaikum n selamat malam..hari nie nori bersama sahabat-sahabat di sekolah membuat apam coklat kukus. Rasanye dah setahun setengah nori x membuatnya.. tetiba jer semalam nori selak-selak buku resepi teringin nk buat apam nie.. tadi nori buat apam nie di sekolah bersama sahabat-sahabat nori yang menolong dari mula hingga dah siap kukus, dah siap kami makan bersama n bagi kepada murid-murid pendidikan khas di sini tapi apam nie cup cakesnye kecil sikit jadi x bape balance r ng acuan nori tapi nori guna je pe yg ade, so kt pic nie nmpk de yg terliuk ket..  kt sini nori de share resepi..


 dah siap pukul dah..
 masukkan kt dalam cup




Bahan-bahan:-

4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 tin susu 
4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan minyak masak
3 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu esen vanila
Cara membuatnye :-
1. pukul telur dengan gula hingga kembang.
2. masukkan susu, minyak dan air.
3. masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk koko yang di ayak n esen vanilla. 




Thursday, 23 June 2011

- APAM AISKRIM -

Hari minggu yg lepas.. saya dan Cik Izza membuat apam.. mula2 niat nk buat apam polkadot tp x jadi cz Cik Izza nk buat apam aiskrim lak..First time.. mujur jadi gak.. kiranya berjaya la.. Resepi Apam Aiskrim amik kt My resepi n terima kaceh kepada yg resepi tu :)-





Apam nie sebenarnya kurang kembang.. Bila nk buat apam nie kena pukul lama sikit.. bila masak pulak api kna kuat.. baru apam nie naik n kembang dia cantik. Percubaan kali pertama (pujuk hati.. hehe) tp sodap tau..


APAM AISKRIM

Bahan-bahan :-

1. 250g tepung naik sendiri
2. 1 cawan gula
3. 2 biji telur
4. 1 cawan aiskrim soda
5. 2 sudu teh ovelette
6. sedikit esen vanilla
 
cara-cara:-
1. Pukul telor + gula hingga kembang
2. Masukkan ovellete + aiskrim soda + tepung naik sendiri.

Tuesday, 17 May 2011

Coklat untuk adik bertunang pada 1.5.2011



Alhamdulillah.. sempat juga menyiapkan coklat untuk hantaran adik saya bertunang.. sempat jugalah buat mempelbagaikan color sebab puteri kesayanganku pada masa tu mak saya jaga.. hehe...

Saturday, 2 April 2011

Roti untuk kawan2 suami berkelah..


                                                                Roti sardin kecil2..

 

Roti kacang merah.. yummy2..

Roti


Roti2 yang tlh sy hasilkan :)



Coklat

Antara coklat2 yg telah sy hasilkan :)


Assalamualaikum

Salam perkenalan dari sy..
 
 
Blogger Templates